Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bapa Rogol Anak Kandung Ditahan

$
0
0

Kes-Rogol-Terkini

 

JOHOR BAHRU 17 Mac – Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana disyaki merogol dan meliwat anak kandungnya berusia 17 tahun di Taman Desa Tebrau, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek ditahan semalam susulan laporan yang dibuat bekas isterinya.

“Mangsa dihantar oleh ibunya dari Selangor pada Jumaat lalu untuk tinggal bersama-sama bapanya bagi mengubati penyakit epilepsi secara tradisional di sini.

“Walau bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Sarawak telah dirogol dan diliwat oleh bapanya di rumah sewa suspek kira-kira pukul 2 pagi kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sulaiman berkata, mangsa kemudian mengadu tentang kejadian itu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis di sini pada hari yang sama.

Mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan ibu bapanya telah bercerai sejak 2006 sebelum ketiga-tiga beradik itu tinggal bersama-sama ibunya di Selangor.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376A /377C Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082