Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penganggur Miliki 113 Gram Dadah Ditahan

$
0
0

ditangkap-dibekuk

Larut – Seorang penganggur lelaki warga tempatan ditahan bersama dadah seberat 113 gram dalam Op Sarang Bersepadu di sebuah kebun kelapa sawit, semalam.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata lelaki berkenaan yang berumur 24 tahun ditahan pada pukul 10.15 pagi di Kampung Sungai Jambu.

“Semasa ditahan, pihak polis turut menemukan tiga gram dadah jenis syabu dalam sebuah bekas di tangan suspek dan 110 gram heroin di poket,” katanya.

Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis heroin dan turut mengaku memperoleh semua dadah yang dirampas dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Loo turut meminta orang ramai di sekitar daerah itu supaya bekerjasama dengan polis dalam memerangi penyalahgunaan dadah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082