Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 3 Suspek Kes Baling Bom Botol

$
0
0

  

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga suspek dipercayai terbabit dengan kes membaling tiga bom botol ke rumah seorang Penolong Pegawai Unit Teknikal dan Penguatkuasaan, Hulu Langat, kelmarin.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek itu ditahan di sekitar Semenyih, kira-kira jam 4 petang tadi oleh pasukan khas siasatan yang ditubuhkan Polis Selangor bagi menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek terbabit akan dibawa ke Mahkamah Sesyen dan Majistret Bandar Baru Bangi, pagi ini untuk permohonan tahanan reman.

“Semua suspek berusia 30-an dan kita tahan mereka untuk membantu siasatan, ” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Dalam kejadian antara jam 2.30 pagi hingga jam 4.30 pagi itu, satu bom botol dibaling ke laman rumah dan dua lagi ditemui pecah di anjung tempat letak kereta di Kuarters Kerajaan Selangor, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi.

Kejadian disedari mangsa yang berusia 35 tahun ketika hendak menyidai pakaian, jam 6.30 pagi.

Tujuh peluru dalam bungkusan plastik turut ditemui berhampiran kereta mangsa, selain sepasang sarung tangan plastik dan kesan kain terbakar di luar laman rumah berhampiran pagar.-BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082