Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Serbu Stor Simpan Rokok Seludup RM60,000

$
0
0

  

PONTIAN: Pasukan polis marin merampas 117,600 batang rokok seludup pelbagai jenis bernilai lebih RM60,000 selepas menyerbu sebuah pondok yang dijadikan stor simpanannya di Kampung Teluk Kerang di sini, awal pagi tadi.

Komander Pasukan PPM Wilayah Dua, Asisten Komisoner Paul Khiu Khon Chiang, berkata serbuan dilakukan anggota dan pegawainya pada kira-kira jam 1 pagi.

Bagaimanapun, katanya, tiada tangkapan dilakukan.

“Pemeriksaan awal di pondok berkenaan menemui rokok tidak sah pelbagai jenis antaranya Luffman, Canyon, Prima Minna, Absolute, LA, NYX dan U2.

“PPM menganggarkan nilai rampasan rokok jenis kretek bernilai RM5,952 dan rokok putih RM3,400, membabitkan duti import berjumlah RM23,520, duti eksais (RM27,742) dan cukai jualan (RM3,030).

“Semua rokok itu dibawa ke Markas Taktikal PPM Kukup untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.- BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082