Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Tokan Dadah Ditahan Bersama Heroin Bernilai RM8,000

Image may be NSFW.
Clik here to view.
dadah_heroin

 

Seorang tokan dadah ditahan polis ketika cuba melakukan kegiatan pengedaran dadah berhampiran sebuah rumah di Bandar Baru Cheneh, di sini, awal pagi, semalam.

Bagi mengelak diserbu, lelaki dari FELDA Bukit Goh, Kuantan dikatakan memilih awal pagi kerana menyangkakan pergerakannya lebih selamat.

Bagaimanapun, tanggapan lelaki berusia 41 tahun terbabit meleset apabila ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan anggota Balai Polis Cheneh yang menyerbu kawasan terbabit jam 12.10 tengah malam.

Berikutan itu, polis turut merampas 113 gram ketulan dan serbuk dipercayai heroin bernilai hampir RM8,000 daripada suspek yang dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar di kawasan berkenaan.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima maklumat awam sebelum bergerak ke lokasi kejadian dan sebaik tiba berhampiran sebuah rumah di Bandar Baru Cheneh didapati ada seorang lelaki berdiri di kawasan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim mengesahkan tangkapan dan siasatan dijalankan.-myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles