Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bapa Cabul Anak Dipenjara 5 Tahun

$
0
0

penjara-fractalroad-depan

 

AYER KEROH: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi atas tuduhan mencabul kehormatan anak kandungnya, tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 51 tahun dari Bachang, Batu Berendam selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan anak perempuannya berusia 14 tahun di rumah mereka di Kampung Lapan, Bachang pada waktu siang, September 2013.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua seksaan itu.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam M Shangeetha merayu supaya dikenakan hukuman penjara singkat dengan alasan menghidap penyakit darah tinggi dan tibi serta bekerja sebagai buruh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd Rawi yang mengendalikan kes memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana tertuduh ditahan reman selama dua tahun setengah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Disember 2013.-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082