Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Seleweng Dana KBS : 2 Individu Disambung Reman

$
0
0

image

 

PUTRAJAYA – Dua individu yang merupakan kontraktor syarikat penganjuran acara disambung reman tujuh hari bermula esok bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih RM100 juta.

Perintah reman sehingga 1 April itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas kedua-dua mereka masing-masing berumur 41 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.15 pagi.

Sementara itu, seorang lagi yang juga kontraktor syarikat penganjuran acara berumur 36 tahun yang sebelum ini direman dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kesemua mereka sebelum ini direman selama tujuh hari bermula dari 19 Mac lalu.

Semalam, tiga individu termasuk Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta dua kontraktor disambung reman tujuh hari sehingga 30 Mac bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, tiga lagi individu termasuk seorang wanita yang sebelum ini direman dibebaskan semalam masing-masing dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Turut direman selama tujuh hari bermula semalam adalah seorang bekas pegawai KBS yang ditahan kelmarin di ibu pejabat SPRM di sini selepas dipanggil memberi keterangan.

Akhbar sebelum ini melaporkan SPRM menahan sembilan orang termasuk seorang setiausaha bahagian kementerian itu yang didakwa menerima suapan dianggar mencecah RM20 juta.

Suspek berusia 56 tahun yang menjadi dalang menggelapkan lebih RM100 juta dana kementerian sejak enam tahun lalu ditahan SPRM di rumahnya di Kajang 18 Mac lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki pada 19 Mac lalu memberitahu, dana itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan bayaran dibuat kepada 14 syarikat yang dimiliki kontraktor bagi menjayakan program berkaitan acara sukan.

Beliau memberitahu, SPRM telah menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes-Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire milik suspek berkenaan. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082