Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pengawal Peribadi Datuk Ditembak Kini Stabil

$
0
0

image

 

PUTRAJAYA: Pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk yang parah selepas ditembak dua lelaki di Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang,

malam tadi kini dalam keadaan stabil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa dijangka menjalani pembedahan pagi ini untuk mengeluarkan peluru dari belakang bahu kanannya.

“Setakat ini, motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut masih dijalankan. “Mangsa juga masih dalam keadaan terkejut dan tidak dapat memberi gambaran sebenar suspek yang melepaskan tembakan.

“Apa yang penting ketika ini adalah memastikan keadaan mangsa benar-benar stabil dan selamat, baru kita akan mengambil keterangan lanjut daripadanya,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian pada jam 8.45 malam itu, pengawal peribadi dikenali sebagai Hazrat sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz sebelum kenderaannya dihalang dan didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

Berikutan kejadian itu, mangsa parah pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga tembakan.

Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah depan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa baru selesai menikmati makan malam berhampiran kawasan berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles