KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu ditahan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh awal pagi tadi.
Serbuan yang dilakukan pada pukul 2.55 pagi itu turut berjaya membongkarkan kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.
Satu sumber berkata, hasil pemeriksaan ke atas pengunjung dan pekerja di dalam premis berkenaan, pihak polis menjumpai sebanyak 19 biji eramin 5 , 25 biji ekstasi serta ganja.
“Lapan perempuan dan tujuh lelaki yang positif dadah ditahan bagi siasatan lanjut.
“Selain itu, tindakan juga diambil ke atas pemilik premis kerana beroperasi melebihi had masa,” katanya ketika dihubungi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tangkapan dan kejayaan itu menerusi akaun Twitternya. – K! ONLINE