Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rogol: Lima Remaja Termasuk Seorang Juvana Mengaku Tidak Bersalah

$
0
0
rogol

Gambar Hiasan.

 

JOHOR BAHARU: Lima remaja seorang juvana mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 19, Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 19, Muhammad Saiful Fauzi, 18, Muhammad Azlan Md Lazan, 19, serta juvana berumur 16 tahun masing-masing membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka itu dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Kesemua mereka bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 14 tahun di tandas awam taman rekreasi, Taman Setia Tropika, Kempas, di sini, kira-kira pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi, 30 Sept lepas.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim.

Tiada jaminan ditawarkan terhadap kesemua mereka dan Hakim menetapkan 30 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082