BANDAR SERI JEMPOL – Seorang wanita yang bekerja sebagai buruh ladang di sini nyaris dirogol ketika sedang berehat di sebatang pokok di nurseri tempatnya bekerja, Sabtu, lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian sekitar jam 11 pagi, datang dua lelaki yang tidak dikenali ke nurseri tersebut.
“Mangsa berusia 34 tahun ini bagaimana pun tidak mengenali lelaki berkenaan dan tiba-tiba salah seorang lelaki itu beredar selepas suspek meminta rakannya untuk mengambil baldi.
“Suspek kemudiannya menghampiri mangsa sambil mengugut mangsa dengan menggunakan parang jika enggan melakukan hubungan seks dengannya.
“Walaubagaimana pun suspek tidak sempat menanggalkan keseluruhan seluarnya berikutan rakannya datang sambil memanggil rakannya itu dengan nada yang marah,” katanya selepas mengesahkan laporan itu hari ini.
Noorzainy berkata, mangsa seterusnya melarikan diri susulan terlalu takut dan terkejut akan insiden berkenaan.
“Suspek telah berjaya ditahan polis kurang 36 jam selepas laporan dibuat oleh mangsa bagi membantu siasatan kes dibawah Seksyen 506 kanun keseksaan dan direman selama 4 hari,”katanya.-Sinar Online