Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

SPRM Tahan 2 Lelaki Atas Tuntutan Palsu RM12,000

$
0
0

sprmlogo-600x360

 

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan dua lelaki termasuk seorang pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai penolong pengarah, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM12,000, dua tahun lalu.

Suspek berusia 33 dan 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Sumber berkata, pegawai kerajaan berusia 50 tahun dan rakannya yang juga pemilik sebuah syarikat pembekal itu ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berhubung tender pembekalan makanan dan minuman di sebuah rumah kebajikan di negeri ini bernilai RM12,000.

“Pegawai kerajaan yang kini berkhidmat sebagai ketua di sebuah rumah kebajikan di negeri ini, pernah menjadi penolong pengarah di sebuah jabatan, manakala rakannya sebagai pembantu operasi turut memiliki sebuah syarikat pembekal.

“Mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berhubung tender pembekalan makanan dan minuman pada Disember 2014, namun pembekalan itu didapati tidak wujud,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, wang tuntutan yang diterima oleh pemilik syarikat pembekal itu diserahkan kembali kepada pegawai kerajaan berkenaan untuk digunakan pada satu majlis makan malam yang diadakan pada bulan sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu itu.-BH Online


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles