Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Menyamar Anggota Polis Samun Penjual Ikan Berjaya Ditahan

$
0
0

dua lelaki digari

PETALING JAYA: Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis berjaya ditahan selepas mereka disyaki menyamun seorang lelaki di hentian sebelah Petaling Jaya di Lebuhraya Damansara-Puchong di sini, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek warga tempatan itu mula memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada mangsa yang sedang bekerja sebagai penjual ikan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan sedang berehat di kawasan hentian itu sebelum didatangi kedua-dua suspek.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supt Lee Swee Meng, kedua-dua suspek yang ditahan itu berumur lingkungan 25 dan 29 tahun.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa untuk membuka pintu kenderaannya sebelum mengambil sebuah beg yang mengandungi barangan peribadi mangsa.

“Unit peronda polis yang kebetulan meronda kawasan itu berasa curiga dengan tindakan kedua-dua suspek ini dan bertindak menahan mereka,” katanya.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai penunda kenderaan dan mempunyai rekod jenayah lampau antaranya kes samun dan curi kereta.

Lee berkata, kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana menyamun secara berkawan.

Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula semalam hingga Rabu ini.

 

 

 

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082