Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Sindiket Curi Kabel Sebabkan Kerugian Sehingga RM277,000

$
0
0

kabel-400x241

 

KUANTAN – Harga kabel yang tinggi di pasaran gelap membuatkan kumpulan yang dipercayai sindiket mencuri kabel sanggup menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan kabel berkenaan.

Laluan tikus, mencungkil tingkap dan memecah masuk pintu antara jalan digunakan kumpulan tersebut untuk masuk ke rumah pam dan Loji Rawatan Air (LRA).

Malah kumpulan ini dipercayai melakukan kegiatan terbabit dengan menggunakan parang untuk memotong kabel jenis copper yang mempunyai harga di pasaran barangan terpakai.

Pegawai Perhubungan Awam Paip, Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut semakin meningkat sejak 2014 sehingga mencatatkan 24 kes dengan nilai kerugian berjumlah RM678,000.

Menurutnya, berikutan kejadian kecurian kabel tersebut menyebabkan LRA tidak dapat beroperasi seperti biasa.

“Difahamkan kabel copper 185milimeter (mm) x 4 core ini mempunyai harga antara RM25-RM30 sekilogram (kg).

“Apabila berlaku kecurian, ia akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna malah Paip memandang serius insiden ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui ketika melawat rumah pam di Indera Mahkota, semalam.

Nurul Farhana berkata, Paip menanggung kerugian sebanyak RM277,000 sepanjang tiga bulan pertama tahun ini dipercayai dilakukan sindiket mencuri kabel yang tegar di beberapa daerah di Pahang.

Kes kecurian dan kehilangan kabel di Rumah Pam (RP) dan Loji Rawatan Air (LRA) itu membabitkan sembilan kes pada bulan ini melibatkan daerah Temerloh, Maran, Bentong dan Bera.

“Kita terpaksa buat jeriji di bahagian dalam untuk mengatasi kecurian yang sering berlaku selain pemantauan berterusan oleh staf bertugas.

“Paip menanggung kerugian tinggi kerana harga setiap kabel mencecah sehingga RM30,000,” katanya.-SinarOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles