Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Seorang Tentera Kalah Judi, Buat Laporan Palsu Konon Telah Disamun

$
0
0

sequester-poker

 

SEREMBAN: Seorang anggota tentera yang membuat laporan kononnya disamun, akhirnya memakan diri apabila siasatan polis mendapati dia hanya mereka cerita. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 26 tahun itu membuat laporan semalam mengatakan disamun sekumpulan lima lelaki kira-kira jam 2 petang, ketika memberhentikan motosikal berhampiran Klinik Kesihatan Senawang, dekat sini.

Katanya, anggota tentera itu mendakwa dua lelaki datang mengacukan pistol di belakangnya dan dua lagi mengambil wang tunai miliknya sebanyak RM120 sebelum berlalu dengan sebuah kereta, menyebabkan dia membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati kejadian itu tidak berlaku selepas lelaki terbabit gagal menunjukkan lokasi kejadian dan tidak memberikan keterangan secara teratur.

“Dia kemudian mengaku membuat laporan palsu kerana kehabisan wang akibat kalah main judi, tetapi polis percaya terdapat motif lain dan akan terus menjalankan siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Muhammad Zaki berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu.

Katanya, lelaki itu akan direman selama lima hari mulai sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

“Saya memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu kerana polis akan menjalankan siasatan menyeluruh, selain akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.-BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles