SHAH ALAM: Suspek yang melarikan diri dari tahanan polis di Paya Jaras, Sungai Buloh, dekat sini, Isnin lalu, diberkas semula awal pagi tadi.
Difahamkan turut ditahan dua individu yang dipercayai membantunya melarikan dan menyembunyikan diri. Sumber berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi di Gombak, manakala dua lagi individu itu ditahan di Paya Jaras, Sungai Buloh dalam tiga tangkapan berasingan.
Isnin lalu, suspek yang mempunyai 29 rekod jenayah membabitkan kes ragut dan samun bertindak melarikan diri dalam keadaan bergari dan berbaju lokap dalam satu kejadian di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh.
Lelaki berusia 34 tahun berkenaan sebelum itu ditahan atas kesalahan ragut sebelum dibawa ke lokasi kejadian menaiki sebuah van untuk mengesan rakannya yang berusia 30 tahun.