Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Remaja Curi Motor Ditahan Polis

$
0
0

05hm361a.transformed

 

Sungai Petani: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bukan saja licik menghilangkan diri selepas mencuri motosikal, malah berani menipu anggota polis dengan memberi pelbagai alasan berhubung jenayah dilakukannya dalam usaha melepaskan diri.

Bagaimanapun, taktik digunakannya gagal apabila ditahan sepasukan anggota dalam Ops Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda diketuai Asisten Superintendan Salimi Md Ali di Kampung Padang, Tikam Batu, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Sumber berkata, ketika disoal siasat, remaja lelaki itu tidak mengaku mencuri tiga motosikal bersama dua rakan, sebaliknya mendakwa dia sekadar mengikut saja.

Bagaimanapun, sumber berkata, remaja terbabit akhirnya mengaku melakukan kegiatan itu bersama dua rakan berusia 17 dan 30 tahun di Tikam Batu sebelum motosikal dileraikan dan rangkanya dibuang ke dalam tali air.-myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles