Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Neelofa, KPDNKK Serbu Premis Jual Tudung Tiruan

$
0
0

SHAH ALAM 06 APRIL 2016. Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Abdul Rosik Yakob (dua kiri) bersama Pengarah Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor (kiri) dan Pengarah Urusan Naelofar Hijab, Noor Nabila Mohd Noor (kanan) menunjukkan tudung original dan tudung tiruan yang berjaya dirampas pada sidang media di KPDNKK Selangor. STR/MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

 

SHAH ALAM: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menemui 43 tudung tiruan jenama Naelofar Hijab bernilai RM3,865.70 disorokkan di dalam stor, bilik solat dan tandas sebuah premis di Kajang dalam serbuan pada 29 Mac lalu.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Selangor, Abdul Rosik Yakub, berkata pada hari sama 36 helai tudung tiruan jenama sama bernilai RM3,236.40, dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Gombak.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat daripada pemilik tudung itu dan tindakan diambil sama seperti operasi barang tiruan lain.

“Apabila mendapat maklumat daripada pemilik tudung ini, kita melakukan siasatan sebelum membuat serbuan di dua premis dalam sehari.

“Siasatan dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang mana sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500,000 atau tiga tahun penjara,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK di sini yang dihadiri Pengarah Naelofar Hijab yang juga pelakon dan pengacara, Neelofa, 25.

Sejak 1 Januari 2016 hingga 1 April lalu, 32 kes direkodkan berhubung barang tiruan membabitkan nilai rampasan RM766,108 di negeri itu.

Sementara itu, Neelofa berkata pada mulanya beliau tidak mengambil tindakan walaupun sedar ada antara peminatnya membeli tudung tiruan berkenaan, namun bertukar fikiran selepas mendapati mereka kecewa apabila mengetahui perkara sebenar.

“Saya sedih setiap kali berdepan peminat yang teruja menunjukkan Naelofar Hijab yang mereka pakai dan terpaksa memberitahu mereka yang itu adalah tiruan.

“Pada mulanya, saya hanya mahu membiarkan mereka terus memakan hasil haram daripada perniagaan menciplak usaha orang lain itu, bagaimanapun, selepas melihat sendiri kekecewaan peminat selepas mendapat tahu produk mereka pakai bukan yang asli, saya mengambil keputusan untuk menggempur mereka habis-habisan.

“Kami hanya mempunyai dua kilang di dalam negara iaitu di Shah Alam dan Cheras.

Selain daripada itu, ia bukan milik kami termasuk sebuah kilang yang terletak di Vietnam yang sudah kami kenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua premis yang diserbu itu juga pernah dua kali diberikan amaran menerusi peguamnya namun peringatan itu tidak diendahkan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082