Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rumah Peguam Dibaling Bom Botol

$
0
0

JOHOR BAHRU 07 APRIL 2016. Kalsom Idris, 70 (dua dari kanan), menunjukkan kesan terbakar akibat dibaling bom petrol dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee. NSTP/HAIRUL ANUAR ABD RAHIM

 

JOHOR BAHRU: Rumah keluarga peguam, Kamal Hisham Ja’afar di Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee di sini, dibaling dengan bom botol, jam 5.10 pagi tadi.

Bom botol itu meletup dan terbakar di kawasan depan rumah selain ruang tamu serta mengakibatkan kerosakan pada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik keluarga berkenaan.

Adik Kamal Hisham, Norlizan, 41, berkata kejadian disedari ibunya, Kalsom Idris yang ketika itu bangun untuk solat Subuh.

“Apabila keluar melihat kejadian itu, kami mendapati ada dua botol kaca dan plastik berisi minyak tanah di depan rumah,” katanya di sini, hari ini.

Susulan kejadian itu, dua laporan polis dibuat keluarga peguam berkenaan pada pagi dan tengah hari tadi di Balai Polis Majidee.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Pada 8 September lalu, Kamal Hisham, 45, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 kerana menyalah guna kedudukannya sebagai Pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd berhubung penyewaan ruang niaga di JB Sentral, antara tahun 2009 dan 2011. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082