Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

313 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Ops Roda

$
0
0

Logo PDRM

 

KUALA LUMPUR: Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan 313 saman ke atas pemilik kenderaan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Roda di tiga lokasi tumpuan di sekitar ibu negara, malam tadi.

Operasi bermula jam 11 malam dan berakhir jam 2.30 pagi itu bertumpu di sekitar Jalan Sultan Ismail menghala ke Bukit Bintang serta sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tun Razak.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata antara kesalahan paling banyak dikesan ialah tiada lesen memandu dan lesen memandu tamat tempoh.

“Kebanyakan kesalahan ini dilakukan oleh penunggang motosikal. Selain dua kesalahan itu, ada penunggang disaman kerana motosikal tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dan tiada lesen cukai jalan,” katanya.

Kesalahan lain ialah tiada nombor pendaftaran kenderaan, gagal mempamer pelekat P dan L serta lesen cukai jalan pada kenderaan masing-masing.

Beliau berkata, sebanyak 237 saman polis dikeluarkan serta-merta kepada pesalah, manakala sebanyak 76 lagi saman notis dikenakan terhadap kenderaan yang menghalang laluan dan diletakkan di tempat yang tidak dibenarkan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles