Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

4 Suspek Curi Kenderaan Ditahan

$
0
0

Logo PDRM

 

KUCHING – Polis menahan empat suspek disyaki aktif melakukan jenayah mencuri kenderaan di sekitar daerah Kuching, Padawan, Bau dan Kota Samarahan di sebuah tapak pembinaan di sekitar Taman Moyan Utama, Batu Kawa di sini tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Dev Kumar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis turut menemui dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan itu.

“Semasa serbuan, kesemua suspek sedang tidur dan kejayaan ini merupakan hasil maklumat awam serta risikan sebelum ini.

“Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082