Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penyokong Kedah Baling Batu Ke Arah Bas Pemain P.Pinang

$
0
0

PENANG 10 APRIL 2016. Kesan bahagian luar dan cermin bas rasmi pemain FAP yang dipercayai di baling batu oleh penyokong Kedah di Stadium Darulaman Kedah, semalam. NSTP/MIKAIL ONG

 

ALOR SETAR 10 April – Memalukan! Demikian luah Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang turut kesal dengan insiden sekumpulan lelaki membaling batu ke arah bas yang membawa pemain Pulau Pinang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, bas berkenaan baru sahaja meninggalkan pekarangan Stadium Darul Aman selepas menentang pasukan Lang Merah sebelum dibaling dengan batu.

Menurut Ahmad Bashah, tindakan yang disifatkan liar itu tidak sepatutnya berlaku kerana hanya akan mencemar imej bersih penyokong Lang Merah yang selama ini dianggap sopan oleh mana-mana pasukan lawan.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Perbuatan itu hanya menjejaskan imej penyokong-penyokong kita yang baik. Sepatutnya penyokong perlu beradab dan terima segala keputusan dengan terbuka kerana semangat kesukanan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata Ahmad Bashah, insiden itu sudah pasti akan dipandang serius oleh mana-mana pasukan di seluruh negara yang mahu berkunjung ke sini.

“Saya berharap pihak polis dapat menyiasat perkara ini bagi memastikan imej bola sepak Kedah tidak lagi dicemar dengan kejadian yang tidak beretika,” ujarnya.

Difahamkan sekurang-kurangnya sembilan batu dibaling ke arah sebelah kiri bas ketika kenderaan itu melalui Lebuh Raya Darul Aman berhampiran Taman Habsah, di sini.

Empat batu dikatakan mengenai cermin bahagian hadapan bas terbabit manakala bakinya dibaling ke arah kiri kenderaan itu.

Berdasarkan maklumat, lengan kiri jurulatih penjaga gol pasukan Pulau Pinang, Maquinhosp Domingues Prep turut cedera akibat terkena serpihan kaca.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus pasukan, L Katherisan berkata, bas yang dinaiki dalam perjalanan keluar dari stadium dengan diiringi kereta peronda polis.

“Secara tiba-tiba, saya terdengar satu bunyi dentuman kuat kedengaran dari arah sebelah kiri pemandu.

“Sebaik bas berhenti kelihatan cermin di bahagian tengah dan belakang bas pecah serta retak dipercayai dibaling batu,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Rohana Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. -UtusanOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles