Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Dihukum Penjara, Sebatan Akibat Rogol Gadis 14 Tahun

$
0
0

images

 

Kota Kinabalu: Lelaki berusia 21 tahun dijel lapan tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol remaja perempuan berusia 14 tahun, 4 April lalu,

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Albeart Ong yang mengaku merogol mangsa sebanyak tiga kali di rumah di Taman LT Jaya, Kobusak, Penampang antara jam 6 pagi hingga 12.45 tengah hari.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, tertuduh menghampiri mangsa dan menariknya masuk ke dalam kereta di perhentian bas di Jalan Penampang.

Albeart kemudian membawa mangsa ke rumah berkenaan dan merogolnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082