Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemandu Lori Cabul Jurujual Didenda RM8,500

$
0
0

150224073203-bejat-abah-lakukan-pencabulan-pada-tiga-anak-kecil

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori didenda RM8,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah mencabul seorang jurujual sebuah pasar raya tahun lepas.

Majistret Saifulakmal Said membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mewujudkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi S Joshua, 27.

Saifulakmal memerintahkan tertuduh membayar denda itu hari ini, jika gagal dia boleh dipenjarakan enam bulan.

Terdahulu peguam R Murugan yang mewakili Joshua memohon mahkamah untuk menangguhkan pembayaran denda sehingga rayuan terhadap keputusan itu selesai di Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun permohonan itu ditolak.

“Ini hanyalah hukuman denda, ia perlu dibayar hari ini juga, jika peguam tidak berpuas hati dengan hukuman dan sabitan boleh failkan rayuan,” kata Saifulakmal.

Joshua, bapa kepada tiga anak itu dituduh melakukan perbuatan itu di dalam sebuah pasar raya di Brickfield, di sini pada 11.40 pagi, 5 Julai tahun lepas.

Dia yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry.

Sebanyak empat saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil sepanjang tempoh perbicaraan yang bermula pada 6 Okt 2015. – BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082