Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

2 Beranak Didakwa Miliki Heroin Mengaku Tidak Bersalah

$
0
0

heroin

 

KOTA BHARU – Seorang bapa bersama anak perempuannya mengaku tidak salah atas dakwaan memiliki 7.96 gram heroin di mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Tertuduh, Muhammad Yusuff Jidin, 45, dan Siti Mas Ira, 20, didakwa memiliki dadah berkenaan di perkarangan Klinik Kesihatan Gunong, Bachok, pada jam 9 pagi, 5 November, tahun lalu.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan 10 sebatan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin memohon tarikh sebutan untuk serahan dokumen dan tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kedua-duanya.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 Mei depan.

Tiada jaminan dibenarkan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Mereka ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di perkarangan klinik berkenaan. -SinarOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles