Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pengusaha Chalet Rugi RM585,000 Ditipu Pemilik Tanah

$
0
0

JOHOR BAHRU 14 APRIL 2016  ( METRO / BH JBH879E / NST JS709J ) Pengusaha chalet,  Lim Yong Kit, 42, (kiri) menunjukkan surat perjanjian sewa dan laporan polis kepada Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon (kanan) yang mendakwa beliau dianiaya apabila pemilik tanah mahu menamatkan kontrak yang ditandatangani antara mereka pada Januari lalu selepas sidang media di pejabatnya di Johor Bahru. NSTP/ZAIN AHMED

 

JOHOR BAHRU: Seorang pengusaha chalet di Pulau Tioman mendakwa mengalami kerugian hampir RM585,000 apabila pemilik tanah mahu menamatkan kontrak yang ditandatangani Januari lalu.

Lim Yong Kit, 42, berkata perjanjian selama dua tahun bermula Januari lalu hingga 31 Disember 2017 itu membabitkan sewa bulanan sebanyak RM10,000, malah beliau juga sudah membayar deposit sebanyak RM60,000 pada Januari lalu.

“Selain itu, saya juga membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk membuat pengubahsuaian terhadap chalet yang sudah berusia lebih 21 tahun di Salang, Pulau Tioman.

“Saya juga membayar RM25,000 secara tunai kepada pemilik tanah berkenaan yang sebelum ini mengusahakan chalet berkenaan sebagai bayaran membeli dua motosikal, barangan penyelenggaraan, lesen perniagaan, peti beku, peralatan dobi, komputer, mesin cetak dan laman web.

“Kini selepas perjanjian sudah ditandatangani, secara tiba-tiba pemilik tanah mahu membatalkan kontrak dan enggan menerima bayaran sewa dari Januari hingga Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengemukakan aduan kepada Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan, Michael Tay Chee Boon di pejabatnya di sini, hari ini.

Yong Kit berkata, chalet berkenaan mempunyai 60 bilik, sebuah restoran dan penginapan untuk pekerja.

“Sejak awal bulan ini, saya juga menerima gangguan daripada beberapa pihak yang sering memasuki chalet selain mengambil beberapa barangan seperti pam air dan turut memotong paip air.

“Saya percaya ini adalah gangguan pihak tertentu yang mahu saya keluar dari chalet ini dan saya juga ada membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Mersing, baru-baru ini,” katanya.

Beliau juga akan mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung perkara ini kerana perjanjian sudah ditandatangani selain membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk tujuan perniagaan. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082