Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kes Bunuh 2 Beranak : Pemandu Lori Ditahan

$
0
0

KUALA LUMPUR 14 APRIL 2016. Anggota polis mengangkat mayat seorang ibu dan anaknya ditemui mati di sebuah rumah di Taman Perdana 2, Rawang. NSTP/EMAIL

 

SERDANG: Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan isteri dan anaknya di rumah mereka di Taman Perdana 2, Rawang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di lokasi kejadian pada jam 3 petang hari sama manakala perintah reman ke atas suspek dipohon hari ini.

“Siasatan dan bukti setakat ini menjurus kepada suami mangsa.

Besar kemungkinan suspek terbabit dalam kejadian itu.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian dan dalam proses mengambil keterangan jiran serta ahli keluarga,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, pagi tadi.

Pada majlis itu, pemangku Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias dilantik sebagai ketua polis daerah yang baru menggantikan Asisten Komisioner Razimi Ahmad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, D Kamaljit, 34, ditemui terbaring di lantai dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat dengan kesan lebam di leher, manakala anak perempuannya yang berusia tujuh bulan, Ishilyn Kaur Sandhu, ditemui di atas katil bilik sama.

Wanita itu dipercayai mati akibat dicekik manakala bayi berkenaan ditekup dengan bantal berdasarkan penemuan bantal yang ditinggalkan di mukanya.

Mayat dua beranak itu ditemui bapa saudara mangsa ketika memeriksa rumah berkenaan selepas menyedari pintu belakang terbuka dengan kesan umpil. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082