Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Suspek Kes Samun Cuba Serang Polis Mati Ditembak

$
0
0

samun_1
KOTA BAHARU: Seorang suspek kejadian samun yang cuba menyerang anggota polis mati ditembak di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Pasir Pekan, Tumpat.

Menurut Ketua polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim, suspek lelaki berusia 34 tahun itu enggan menyerah diri sejurus polis tiba di tempat berkenaan, sebaliknya bertindak menyerang mereka menggunakan pisau.

“Apabila polis sampai di tempat kejadian, suspek sedang menyamun di dalam kedai itu.

“Anggota polis peronda memberi arahan kepada suspek supaya meletakkan senjata sebaliknya suspek terus menyerang dengan senjata tajam (pisau) ke arah anggota polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) di Universiti Malaysia Kelantan di sini, semalam.

Katanya, anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang terkena pada bahagian kaki kiri dan dada suspek menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.

Mazlan berkata sebelum itu, polis menerima panggilan mengenai kejadian samun itu daripada seorang pekerja kedai berkenaan yang bersembunyi dalam stor.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu menunjukkan suspek memasuki kedai berkenaan untuk menyamun pada 2.45 pagi.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082