Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Kes Tikam Kakitangan Astro AWANI: Polis Tahan 2 Suspek

$
0
0

hawari

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan dua lelaki dipercayai ada kaitan dengan kes tikam seorang kakitangan Astro AWANI di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, kedua-dua supek berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak bekerja.

“Mereka akan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan. Usaha juga sedang dijalankan bagi memburu suspek lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Ahmad Hawari Zakaria, 32, yang juga pengurus pentas stesen berkenaan telah ditikam di perut dalam satu pertengkaran dengan tujuh lelaki di sebuah kondominium.

Ahmad Hawari kini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan punca kejadian itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082