Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Rumah Pegawai Kastam Dipecah Masuk Penjenayah

$
0
0

images

 

SEREMBAN – Sekumpulan penjenayah dipercayai memecah masuk kediaman Timbalan Pengarah Bahagian Perkastaman (Kawalan Sempadan dan Fasilitasi) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, Mohammad Hamiddan Maryani di Taman Tuanku Jaafar, Senawang dekat sini malam kelmarin.

Sumber polis memberitahu, dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, suspek memasuki rumah Mohammad Hamiddan yang berusia 50-an dengan memecahkan tingkap jeriji bahagian belakang kediaman tersebut.

Katanya, ketika kejadian, rumah tersebut tidak berpenghuni.

“Suspek menggeledah beberapa bilik dan melarikan pelbagai barangan berharga. Kejadian disedari salah seorang jiran yang kemudiannya menghubungi mangsa yang ketika itu berada di Johor.

“Mangsa segera menghubungi polis dan pemeriksaan mendapati, rumah tersebut dalam keadaan berselerak,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa menetap di Johor dan pulang ke rumah tersebut pada hari cuti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. -KosmoOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles