Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

STING Rampas Dadah 20kg Disorok Dalam Kotak Penyaman Udara

$
0
0

kpene.transformed

 

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan dan dadah jenis syabu seberat 20 kilogram yang disorok dalam kotak penyaman udara berjaya dirampas dalam satu serbuan di Bukit Mahkota Cheras, dekat sini semalam.

Serbuan oleh Pasukan Khas Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman itu dilakukan hasil risikan dan maklumat awam dan dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu disorokkan dengan cara sedemikian dalam usaha mengaburi mata pihak berkuasa.

Kejayaan rampasan dan tangkapan terbaru STING itu dikongsi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitter dan Facebook rasminya, malam ini.

“Syabas lagi STING @PDRMsia tadi tangkap seorang warga Nigeria di Bukit Mahkota Cheras dan rampas 20 kilogram syabu disorok dalam kotak air conditon. #GoPDRMGO,” katanya.

Sementara itu, Khalid menerusi laman Twitternya juga meminta pihak Lawyers For Liberty dan peguam, Latheefa Koya sama-sama menasihatkan seorang pengguna Facebook dengan nama, Eswaran Jegan, yang mahu mengumpul 100,000 penganut Hindu di Bukit Aman, Jumaat ini.

Ia dipercayai sebagai bantahan berhubung insiden seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah mental memecahkan sembilan patung di kuil Sree Muneeswarar Kovil di Ipoh, Perak, Ahad lalu.

Perhimpunan selama 24 jam itu dikatakan dirancang bagi menuntut Khalid meletak jawatan dan mahu suspek kes berkenaan dikenakan hukuman setimpal.

Pemilik Facebook berkenaan turut menulis kata berbaur ugutan untuk mengambil tindakan sendiri secara kekerasan jika permintaan tidak ditunaikan, dalam status berkenaan.

“Apa kata @lawyers4liberty dan @LatheefaKoya sama-sama nasihat pihak-pihak seperti di bawah (merujuk kepada gambar salinan paparan status Facebook Eswaran Jegan) bertenang dan biarkan @PDRMsia uruskan,” kata Khalid. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles