Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Chef Selebriti Singapura Didakwa Lakukan Seks Di Luar Tabii

$
0
0
JOHOR BAHRU 22 December 2015. Tertuduh, Muhammad Mustaqim Juri, 38 (baju hitam) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun, di sebuah tempat letak kereta Klinik Kempas Jalan Persiaran Tanjung Tampoi. NSTP/Mohd Azren Jamaludin ??

TERTUDUH (dua kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru. FOTO Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Bekas chef selebriti Singapura hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu persetubuhan di luar tabii dan membuat ugutan pada 10 Dis lalu.

Tertuduh, Muhammad Mustaqim Juri, 38, didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa berusia 22 tahun di sebuah tempat letak kereta di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi.

Tertuduh juga didakwa membuat ugutan jenayah dengan menakutkan secara jenayah terhadap ibu mangsa berumur 47 tahun, di rumahnya pada hari yang sama di Taman Cempaka Tampoi.

Muhammad Mustaqim didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga maksimum 20 tahun dan sebat.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 April depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syeela Marlina Uttaman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Asram Zakaria.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082