Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Bapa Tiri Dera Anak OKU Ditahan Reman

$
0
0

ditangkap-dibekuk

 

BESUT: Seorang bapa tiri direman empat hari kerana dipercayai mendera anak tirinya yang juga orang kelainan upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, berkata suspek ditahan di rumahnya di Jerteh semalam.

Beliau berkata kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu dipercayai sering dipukul hingga lebam pada pipi dan badan.

“Ibu mangsa tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut kepada suaminya. Dia hanya akan menyapu ubat pada anaknya setelah suaminya keluar bekerja,” katanya kepada pemberita.

Kes kanak-kanak tersebut kini mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut menghantarnya untuk mendapat rawatan di Hospital Besut. – BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082