Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan Suami Isteri Terlibat Kes Penipuan Hartanah

$
0
0

Logo PDRM

 

JOHOR BAHRU – Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan hartanah membabitkan lelongan rumah yang menyebabkan kerugian kira-kira RM400,000, pada Jumaat lepas dan hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mah Khye Beng berkata, lelaki berumur 34 tahun itu ditahan Jumaat lepas manakala isterinya, 36, yang dibebaskan selepas ditahan pada Rabu lepas, ditahan semula hari ini.

“Pasangan itu ditahan di rumah mereka di Paloh dekat Kluang. Polis kini menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan terhadap

pasangan berkenaan sebelum kedua-duanya dihadapkan ke mahkamah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Khye Beng berkata pihaknya telah membuka enam kertas siasatan berkaitan kes penipuan pelaburan hartanah lelongan rumah itu yang melibatkan perniagaan didaftarkan atas nama Takzim Properties yang berpejabat di bandar raya ini.

Beliau berkata selain pihaknya, tiga kertas siasatan turut dibuka oleh kontinjen polis lain yang melibatkan pendaftaran perniagaan yang sama.

“Modus operandi penipuan itu adalah memperdayakan mangsa untuk mengeluarkan modal pelaburan dan dijanjikan pulangan keuntungan berserta modal dalam urusan pembelian rumah yang hendak dilelong,” katanya.

Sehubungan itu, Khye Beng menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan dengan kadar segera.

Orang ramai katanya, dinasihatkan melakukan semakan dengan teliti sebelum membuat sebarang pelaburan manakala semua mangsa yang terlibat dikehendaki tampil membuat laporan polis di balai berhampiran. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082