Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Barangan Rampasan Bernilai RM750,000 Dilupuskan KPDNKK

$
0
0

NILAI 05 MAY 2016. Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan dalam negeri, koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayudin (kiri) bersama Ketua Seksyen harta intelek bahagian penguatkuasa KPDNKK, Othman Nawang (dua dari kanan) serta pegawainya menunjukkan barangan tiruan seperti arak dan baju berjenama bernilai RM 750.000.00 yang dirampas pada majlis pelupusan barang sitaan di Kompleks Penyimpanan KPDNKK Nilai. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

 

NILAI: Pelbagai barangan rampasan kes termasuk pakaian dan arak tiruan bernilai RM750,000 dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di kompleks penyimpanan kementerian itu di sini, hari ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin, berkata semua barangan terbabit adalah daripada 11 kes yang diselesaikan pihaknya di mahkamah antara tahun 2014 dan 2015.

“Semua kes itu membabitkan pelanggaran harta intelek mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Antipiramid 1993, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987.

“Antara barang yang kita lupuskan adalah cakera optik, pakaian, barangan kulit, kasut dan minuman keras yang dihasilkan sendiri atau diimport oleh sindiket untuk dijual di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media sempena majlis pelupusan barangan terbabit di sini, hari ini.

Beliau berkata, cakera optik, pakaian dan barangan kulit dimusnahkan dengan cara digunting dan koyak, manakala minuman keras dilupuskan oleh kontraktor yang mempunyai kepakaran melakukannya mengikut kaedah yang tidak menjejaskan alam sekitar.

Katanya, Bahagian Penguatkuasa KPDNKK akan terus menjalankan operasi dari semasa ke semasa dengan membuat serbuan serta rampasan, terutama di pusat pengedaran dan penyimpanan milik sindiket. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082