Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

KPDNKK Rampas Selipar Dan Kasut Tiruan Bernilai RM58,060 Di Johor

$
0
0

image

 

Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Johor merampas 5,788 pasang selipar dan kasut tiruan dianggarkan bernilai RM58,060 dalam satu serbuan di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Taman Wawasan, Batu Pahat dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam serbuan kira-kira 1 tengah hari itu, stor yang turut dijadikan pusat pengedar atau pembekal itu didapati menyimpan selipar dan kasut pelbagai jenama tiruan seperti Fipper, Converse, Nike dan Adidas.

Pengarah KPDNKK negeri, Nor Nekman Jaimon berkata, pihaknya menjalankan risikan hampir dua minggu ke atas premis terbabit selepas menerima aduan daripada pemilik cap dagang berangan berkenaan.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan menjumpai 5,788 pasang selipar dan kasut disyaki tiruan yang mana kita percaya ia dibuat dan diimport daripada negara jiran dipercayai Thailand.

“Ketika serbuan, penjaga premis berusia 30-an berada dalam premis terbabit dan diambil keterangan,” katanya ketika sidang media di Pejabat KPDNKK di Menara Ansar di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati selipar serta kasut tiruan itu dijual pada harga RM10 hingga RM12 sepasang dan untuk diedarkan kepada peniaga sama ada dijual di kedai-kedai kecil atau pasar malam. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082