Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Tahan 4 Individu Terlibat Kes 7 Bom Di Damansara Perdana

$
0
0

Logo PDRM

 

SHAH ALAM: Dua pasang kekasih ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dalam kes penemuan tujuh bom di sebuah kondominium di Damansara Perdana, 17 April lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata empat suspek berusia antara 31 hingga 40 tahun itu ditahan di sebuah premis di Ampang kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.

“Dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah, selain dipercayai terbabit dalam beberapa kes samun, pinjaman wang haram serta pemilikan dokumen palsu.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis BMW dengan nombor pendaftaran palsu, dipercayai dicuri dan barangan lain yang digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya pada sidang media di IPK di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082