Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

29 Aduan Diterima KPDNKK Di Kota Raya Sepanjang Tujuh Hari

$
0
0

image

PUTRAJAYA 26 Dis. – Sebanyak 29 aduan berkenaan jualan peralatan telekomunikasi telah diterima sejak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membuka kaunter di tiga pusat beli-belah utama di ibu negara sejak Isnin lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, kesemua a­duan tersebut telah diterima di Plaza Kota Raya sementara tiada aduan dilaporkan di Plaza Low Yat dan Kompleks Pertama.

Beliau berkata, semua aduan yang diterima adalah berkaitan dengan penipuan harga.

Menurut Alias, pihaknya pada masa ini bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan termasuk mengeluarkan notis kepada mereka memandangkan premis yang diadu belum beroperasi.

“Tindakan serta-merta telah diambil oleh petugas kaunter dengan pergi terus ke premis-premis yang diadu. Namun premis masih tidak beroperasi sehingga kini.

“Kami juga sedang mengumpul semua maklumat premis yang diadu untuk tujuan mengesan pemilik premis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. – Utusan Malaysia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082