Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penunggang RXZ Maut, Putus Kaki Selepas Berlanggar SUV

$
0
0

bt_23.1

 

HULU SELANGOR – Seorang penunggang motosikal maut ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 30, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, petang tadi.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, mangsa, Naziq Faizal Ab. Rahman, 19, putus kaki kiri selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner yang dipandu seorang lelaki warga emas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dalam perjalanan dari arah Batang Kali menghala ibu negara dipercayai tidak dapat mengelak kenderaan SUV yang sedang membuat pusing U di hadapannya.

Katanya, mangsa yang tidak sempat mengelak itu melanggar bahagian hadapan kenderaan itu sebelum tercampak ke bahu jalan.

“Akibat pelanggaran itu mangsa cedera parah dan putus kaki kiri. Mangsa kemudiannya dihantar ke HKKB untuk menerima rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian.

“Mayat mangsa dibawa ke unit forensik untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – K! ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles