Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Pemandu Lori Maut Tercampak Ke Jalan Raya Selepas Bertembung Lori Simen

$
0
0

14hm184_1463174235

 

Kota Tinggi: Seorang pemandu lori membawa muatan alat ganti, Mohamad Hanif Mohd Kamal, 27, meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lagi lori di Kilometer 40.5, Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini, jam 4 petang kelmarin.

Mohamad Hanif dari Masai, Johor Bahru meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori Mitsubishi Canter dipandu mangsa menghala ke Johor Bahru hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Ia mengakibatkan lori bertembung dengan lori simen hingga mangsa tercampak ke jalan raya,” katanya semalam. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082