Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Malaysia Maut Ditembak Ketika Menunggang Motor Di Hatyai

$
0
0

aksi-tembak-tembakan-ala-koboi-terjadi-di-setiabudi

 

HATYAI: Seorang lelaki warga Malaysia mati ditembak ketika sedang menunggang motosikal menuju ke sebuah hotel di pekan Hatyai kira-kira pukul 3.30 pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hatyai Kol Khittichai Sankha-thavorn, mangsa dikenali sebagai Mohd Nizam Ahmad Basrah, 28, berasal dari Pulau Pinang.

“Mayat mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di dada dan punggungnya di Jalan Phadungpakdee,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Polis katanya turut menemui dua kelongsong peluru 9mm di lokasi kejadian.

Khittichai berkata, polis sedang memeriksa motosikal yang ditunggang mangsa dan pemiliknya serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hatyai untuk dibedah siasat, katanya. -mStar


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082