Georgetown: Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 1 pagi itu, Zul Khoiri Abdul Rashid, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Menurut sumber, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal rakannya.
“Motosikal ditunggangnya kemudian hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya. -myMetro