Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Penghulu Kampung Cedera Parah Diserang Lelaki Kurang Siuman

$
0
0

kes-tikam-768x433-1

 

Penghulu Kampung Taman Mutiara nyaris maut setelah ditikam sebanyak tiga kali dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman di perkarangan rumahnya di Kampung Jambu, Panji, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Samsudin Husin, 44, mengalami kecederaan parah di bahagian belakang badan, rusuk dan dada selepas diserang oleh lelaki tersebut ketika sedang leka membersihkan burung ketitir peliharaannya.

Menurut isteri mangsa, Wan Rohani Mohamad Amin, 53, ketika kejadian, dia tidak berada di rumah kerana sedang menguruskan kedai makan di Telipot sebelum dimaklumkan oleh suaminya sendiri mengenai kejadian tersebut.

“Waktu itu, hanya suami dan anak bongsu daripada empat beradik, Mohamad Al-Hasib, 8, berada di rumah selepas mengambil anak pulang dari sekolah berhampiran.

“Ketika suami sedang membersihkan burung peliharaannya, suspek menceroboh rumah dan tiba-tiba mengeluarkan pisau menikam suami tanpa sebarang sebab,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Dan Trauma,Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Wan Rohani berkata, Mohamad Al-Hasib yang ternampak ayahnya berlumuran darah ditikam suspek terus menjerit meminta tolong daripada orang ramai.

“Suami sempat bergelut dengan suspek yang bertindak agresif hingga tapak tangannya terbelah menahan pisau terbabit daripada menembusi bahagian paru-paru.

“Namun, selepas melihat suami berlumuran darah, suspek terus melarikan diri. Suami telah dibawa oleh jiran ke Klinik Komuniti sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, dia bersyukur kerana suspek yang dikenali penduduk kampung itu tidak mencederakan anak bongsu mereka. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082