Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Banduan Larikan Diri Ketika Pemeriksaan Kesihatan Diburu Polis

$
0
0

garigadis-620x320

 

Seorang banduan mengambil kesempatan melarikan diri ketika melakukan pemeriksaan kesihatan dalam kejadian di Hospital Kajang.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 malam apabila lelaki yang dikenali sebagai Chow Kim Liong, 44, dipercayai dibawa ke hospital berkenaan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan kerana mengalami kecederaan patah tangan kiri.

Bagaimanapun, banduan yang memakai seluar penjara berwarna merah serta berbaju putih tersebut dikatakan telah melarikan diri dengan menaiki sebuah bas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan ketika dihubungi mengesahkan mengenai menerima maklumat daripada pihak hospital kira-kira pukul 9.15 malam mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Othman memberitahu, pihaknya sehingga kini belum menerima sebarang laporan daripada Jabatan Penjara berhubung kejadian itu.

“Difahamkan, banduan itu sedang menjalani hukuman penjara sejak 17 Mei lalu kerana kesalahan dadah dan dijangka keluar pada Disember depan.

“Kita telah menggerakkan semua pasukan bagi mengesan dan menangkap banduan tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles