Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

‘Ali Baba’ Sewakan Teksi Kaut Untung Sehingga RM100 Sehari

$
0
0

taxi

 

Kuala Lumpur: Terdapat segelintir pemandu teksi tempatan dikesan menjadi ‘ali baba’ apabila menyewakan kenderaan itu kepada warga asing pada kadar RM60 hingga RM100 sehari.

Ini terbukti apabila beberapa pemandu warga asing yang diberkas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hasil operasi pemeriksaan sekitar ibu kota sejak kelmarin mengaku teksi berkenaan bukan milik mereka.

Malah, lebih mengejutkan apabila pemandu warga asing yang diberkas itu tidak mempunyai lesen pemandu penumpang (PSV) serta mempunyai penyakit bahaya.

Perkara ini disahkan selepas pihak JPJ menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 39 tahun itu yang mengaku memandu teksi sejak enam bulan lalu.

Lelaki itu turut mendakwa menghidap sakit mental, namun membawa teksi untuk menyara keluarga. Bagaimanapun JPJ tetap bertegas menahan pemandu teksi tanpa lesen sah itu atas dasar keselamatan orang ramai.

Hasil soal siasat, lelaki itu mengaku menyewa teksi dipandunya itu daripada seorang warga tempatan dengan bayaran RM60 sehari.

Operasi bermula jam 8 malam itu turut berjaya menahan sebuah lagi teksi atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan serta dua lori dipandu warga asing.

Lebih mengejutkan, pemandunya gagal memperbaharui cukai jalan selepas kenderaannya gagal ujian brek sebanyak tiga kali di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, kesalahan dua pemandu teksi itu tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan keselamatan penumpang dan orang awam di jalan raya. -myMetro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles


FORMAT BAHARU SPM – BINA KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA YANG DIBERIKAN.


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 2


MBKS guna WhatsApp terima aduan orang ramai


Pantun Dari Kerana Mata....


Contoh Surat Tunjuk Sebab Mudah Dan Terbaik


Restoran Nur, Sri Gombak


Video Lucah Persis Zul Ariffin Tersebar; Kelab Peminat Mohon Sokongan,...


Kasut Travel Paling Selesa