Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Polis Banteras Geng Syahrul Perling

$
0
0

Logo PDRM

 

Sasaran mereka ialah warga asing yang berjalan bersendirian.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Itulah balasan diterima Geng Syahrul Perling yang dipercayai telah melakukan sebanyak 20 kes samun jalanan ke atas warga asing di kawasan Iskandar Malaysia.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, lima anggota geng berkenaan ditahan dalam serbuan di Taman Perling dan Taman Tampoi Indah, di sini.

Menurutnya, dalam serbuan pertama pada pukul 4.50 petang, Khamis lalu, pihaknya menahan empat anggota geng tersebut, manakala seorang lagi dicekup dalam serbuan kedua pukul 2.50 pagi di Taman Tampoi Indah.

“Dalam dua serbuan itu, kita turut merampas tiga buah kenderaan, 43 telefon bimbit, sepucuk pistol tiruan, sebatang kayu besbol, sebilah pisau berserta parang daripada lima suspek yang berusia antara 19 hingga 24 tahun berkenaan.

“Selain itu, siasatan terhadap dua daripada lima suspek terbabit turut menemukan daun-daun kering disyaki ganja,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Mohd. Taib, dengan tangkapan tersebut, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sebanyak 20 kes samun jalanan terhadap warga asing dan kini sedang giat memburu dua lagi anggota geng berkenaan yang masih bebas.

Tambahnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles