Quantcast
Viewing latest article 2
Browse Latest Browse All 2082

Seludup Dadah, Benjy Dipenjara 11 Tahun

Image may be NSFW.
Clik here to view.

 

PELAKON Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, atau Benjy dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan denda AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan hari ini, selepas didapati bersalah memiliki 4.5 gram dadah methamphetamine.

 

Dia ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara, 18 April lalu, dan dadah berkenaan ditemui dalam duburnya.

 

Benjy adalah anak pelakon Azean Irdawaty. Dia pernah berdepan pertuduhan berkaitan dadah di Malaysia termasuk mengedar syabu.

 

Hukuman yang dikenakan itu lebih rendah berbanding 14 tahun penjara yang dipohon pendakwa.

 

“Kami mengisytiharkan Benjy terbukti bersalah kerana memiliki dadah terlarang,” kata Ketua Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

 


Viewing latest article 2
Browse Latest Browse All 2082