Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Lelaki Afrika Dihukum Gantung Sampai Mati Kes Seludup Dadah

$
0
0

20140902_102645_hukuman-gantung

 

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki warga Afrika Selatan selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis Methamphetamine tiga tahun lalu.

Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Choo Kah Sing, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan tertuduh, Benjamin William Hawkes, 46, tidak mengetahui barangan dibawanya adalah dadah, selain merumuskan pembelaan tertuduh hanya berunsur penafian semata-mata.

Hawkes dituduh menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat 1.598 kilogram di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada 21 Julai 2013.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles