Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Warga Tua Dibelasah Sampai Mati Gara-Gara Hutang

$
0
0

Logo PDRM

 

IPOH: Seorang warga tua diculik dan dibelasah hingga mati oleh sekumpulan lelaki di sini Khamis lalu di dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Mangsa berusia 62 tahun diculik ketika minum bersama isterinya di sebuah restoran di Kampung Rapat, di sini pada jam 7.30 pagi pada hari berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, hasil siasatan awal isteri mangsa berusia 46 tahun mendakwa ketika berada di restoran berkenaan beberapa lelaki berkenan memaksa suaminya masuk ke dalam sebuah kenderaan jenis PERODUA Alza.

Beliau berkata, wanita itu kemudian cuba menghubungi telefon bimbit suaminya tetapi gagal menyebabkan dia cuba mencari mangsa dengan menghubungi saudara mara namun turut gagal sebelum membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa dibawa lari dari restoran terbabit ke sebuah rumah di Tambun, di sini sebelum dipercayai dipukul.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh suspek, namun kemudian disahkan meninggal dunia.” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Chang Keong berkata, bedah siasat dijalankan keesokan oleh Pakar Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan punca kematian adalah kecederaan di kepala akibat trauma tumpul dan senjata yang digunakan dipercayai objek keras dan tumpul.

Beliau berkata, susulan kejadian itu polis setakat ini sudah menahan tujuh suspek bagi membantu siasatan.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan dua individu iaitu isteri mangsa yang juga warga Indonesia dan anak lelaki mangsa yang berusia 23 tahun.

“Dua beranak terbabit ditahan dan direman hingga hari ini bagi membantu siasatan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Tangkapan kedua membabitkan lima individu iaitu seorang wanita tempatan berusia 39 tahun dan empat lelaki tempatan berusia 48 hingga 57 tahun yang kesemuanya direman hingga Isnin depan,” katanya.

Chang Keong berkata, siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

“Kita percaya kes ini selesai dan kertas siasatan sedang dilengkapkan serta akan dihantar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya. -BHOnline


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles