Quantcast
Channel: Jenayah & Mahkamah – TV14
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Gadis Trauma Dirogol Abang Sepupu

$
0
0

elak-rogol

 

SIBU – Seorang gadis berusia 18 tahun tidak menyangka tindakannya mengizinkan abang sepupunya masuk ke rumah ketika sedang berseorangan membawa padah apabila dia dirogol di rumahnya di Sibu Jaya, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa mendakwa ditarik oleh abang sepupunya dari ruang tamu dan dipaksa memeluk suspek.

Suspek yang merupakan menjawat awam kemudian menarik mangsa ke sebuah bilik di tingkat atas.

Mangsa mendakwa dia berusaha untuk melepaskan diri namun suspek lebih pantas merentap pakaiannya secara kasar.

Ekoran tidak berdaya melawan abang sepupunya yang lebih kuat, mangsa dipercayai dirogol sebelum suspek melarikan diri.

Trauma dengan insiden itu, mangsa kemudian segera memaklumkan pada keluarganya setiba mereka di rumah.

Susulan itu, satu laporan dibuat pada hari yang sama di Balai Polis Sibu Jaya oleh mangsa yang turut ditemani ibu bapanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Martin Koo memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kes tersebut yang akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol. – MYNEWSHUB.CC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2082

Trending Articles